Saturday, 13 April 2013

Tajuk oral (Gambar 1)

Tajuk: Singapura harus menerima bakat asing dengan baik. Berikan pendapat kamu
      
            
    Ya, saya setuju bahawa Singapura harus menerima bakat asing the baik. Banyak persalah fahaman boleh berlaku jika kita tidak menerima orang asing dengan baik. Bakat mereka itu sangat penting kerana ia akan meningkatkan ekonomi dan pekerjaan-
pekerjan yang wujud pada masa kini. Walaupun begitu, bakat asing juga mempunyai kebaikan dan keburukan yang tertentu. Sebagai seorang rakyat Singapura, kita memainkan peranan yang penting untuk tolong menjaminkan masa hadapan mereka dengan menerima pertolongan mereka bagi negara kita.
 
    Pertama,pada pendapat saya, bakat asing penting untuk negara kita kerana mereka menolong negara kita meningkatkan prestasi pekerjaan-pekerjaan di sini. Dengan ini, ia juga akan meningkatkan ekonomi di negara kita. Contohnya, lebih banyak kerja yang boleh dilakukan dengan lebih ramai orang yang berbakat di dalam sesuatu bidang, seperti menanggung sebuah masyarakat perniagaan. Kedua, dengan bakat asing, banyak pekerjaan baru boleh diperkenalkan kepada masyarakat kita. Mereka boleh diajar bakat-bakat yang mengfaedahkan mereka. Jika kita tidak menerima bakat asing dengan baik, maka ramai orang asing akan melihat Singapura sebagai sebuah negara yang sombong dan tidak beradab. Walau bagaimanapun, jika Singapura mempunyai terlalu banyak pekerja asing, orang-orang tempatan kita tidak akan mepunyai banyak cadangan dan peluang pekerjaan. Meskipun begitu, saya rasa bahawa Singapura adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa, dengan itu ia bukan suatu masalah bagi kita untuk menerima bakat asing yang memainkan peranan penting di negara kita. Tetapi, kita juga harus ingat bahawa kita tidak boleh bergantung kepada mereka untuk mengekalkan segalanya bagi masa hadapan negara kita.
 
     Namun, masalah yang mungkin akan timbul jika Singapura menerima terlalu banyak bakat asing adalah, orang-orang tempatan di Singapura tidak akan mempunyai banyak peluang untuk mencari pekerjaan ataupun identiti kerana Singapura mempunyai terlalu ramai orang asing. Dari itu, kita juga harus menerima bakat asing dengan sederhana supaya Singapura juga mempunyai peluang untuk menunjukkan bakat mereka kepada negara yang lain. Masalah yang kedua adalah, walaupun Singapura menerima bakat asing dengan baik, orang-orang asing itu mungkin akan berkelakuan tidak sopan di negara kita. Ini juga akan menjejas reputasi kita. Dengan itu kita harus menggambarkan negara kita sebagai sebuah negara yang beradat dan mempunyai nila-nilai yang tinggi. Dari itu, ia akan menjaga reputasi kita dan orang asing juga akan melihat kita sebagai contoh yang baik bagi mereka.
 
   
 
  

No comments:

Post a Comment