Syarah :)
Hello semua :) Blog ini digunakan untuk pembelajaran bahasa Melayu saya.
Tuesday, 4 March 2014
Thursday, 5 September 2013
Kepulangan Yang Dinanti
"Jangan panggil aku emak".
Bentakan keras itu membuatkan adikku terkedu. Langkahku kaku seketika. Kami terus-terusan menatap wajah perempuan yang tercegat di hadapan kami itu. Perempuan itu, di wajahnya tidak terukir satu pun garis senyuman. Malah kelihatan wajahnya seperti sang harimau yang ingin menerkam sang kancil. Adik menjadi takut. Jantungku semakin kencang. Walaupun dilarang memanggil perempuan itu dengan panggilan emak, kami dua beradik tidak pernah membantah diperlakukan sedemikian. Kami sedar bahawa kami harus mengadu nasib dengannya sehingga kami dapat bertemu dengan ibu kandung kami.
"Kau ingat aku ini emak kau? Minta itu, minta ini. Sedar sedikit diri kau itu. Pergilah cari ibu kamu, perempuan yang tidak berguna itu!"
Hatiku bak kaca terhempas ke batu apabila mendengar kata-kata jijiknya itu. Aku paksa diriku untuk menerima hakikat itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu rintihan hatiku. Perasaan benci dan marah mula timbul apabila aku teringat akan sejarah hitam ibu kandungku. Tiada sesiapa lain yang tahu tentang hidupnya. Aku tidak sampai hati untuk menceritakan kepada adikku tentang hidupnya yang sebemar. Dia terlalu muda. Dia tidak akan faham perasaan yang membara di hatiku ini. Aku masih ingat enam tahun yang lalu tatkala ayah kami memberitahu adik bahawa kami akan mendapat emak baru yang baik dan akan menyayangi kami. Walaupun tidak kenal dengan emak baru, adik melompat riang.
"Aishah, walau bagaimana besar sekalipun dosa ibu kandungmu, kamu tetap harus menghormatinya dan menyayanginya. Ingat dia terpaksa melakukannya kerana jika tidak, di mana lagi boleh kami mencari nafkah?
Itulah kata-kata terakhir ayahku sebelum dia meninggalkan kami buat selama-lamanya. Ketika pertama kali aku diberitahu tentang ibu kandungku, hatiku remuk redam. Ia bagai mimpi buruk yang mengerikan. Walau bagaimanapun, aku teringat akan kenangan-kenangan manis bersama ibuku. Aku teringat bagaimana aku dibelai dan dimanja. Rambutku akan disisir rapi. Aku kemudian akn mencium tangan emak sebagai tanda terima kasih. Akan tetapi, mengapa emak baru tidak sebegitu? Dia asyik menengking kami. Dia tidak pernah tanya sama ada kami sudah makan atau belum. Dia seperti tidak berhati perut. Selalunya, dia akan melepaskan geramnya kepada adik kerana adik hanya bertubuh kecil dan tidak dapat melakukaan apa-apa. Setiap kali aku cuba menahan dirinya, aku juga menerima belasan daripadanya. Beberapa hari yang lalu, perempuan itu baru sahaja belasah adik dengan teruk sekali. Puncanya adik tertumpahkan air panas ke badannya. Adik bukan sengaja buat begitu. Tapi emak baru tidak percaya.
"Kurang ajar..nak bagi aku mati ke?"
Begitu tengkingan emak baru. Adik dihumban ke tepi dinding. aku berlari ke pangkuan adikku. Hatiku remuk redam. Ingin sahaja aku balas dendam. Adik tidak kuat untuk menepis tangan emak baru. Adik terhuyung-hayan, terperosok di balik pintu. Kepala adik terhantuk di dinding. Tetapi emak baru menghayunkan tamparan ke pipiku kerana cuba untuk menyelamatkan adikku. Pedih... hanya Tuahn yang tahu. Aku hanya dapat memeluk adikku sebaik sahaja mutiara-mutiara jernih mula mencurah di matanya. Berapa lamakah lagi harus kami menunggu. Aku sudah tidak tahan dengan kepedihan yang kami harus melalui. Begitu kejam emak baru dengan kami pada hari yang mulia itu.
Di pagi Hari Raya, hatiku terkenangkan nasib yang menimpa kami 13 tahun yang lalu, ketika umur adikku masih 'dalam hari', ibu kandungku ditangkap kerana mengedar dadah. Dia dihukum penjara selama seumur hidup adikku membesar. Akan tetapi, aku bersyukur bahawa nasib aku tidak begitu pahit seperti adikku. Aku dapat juga dibelas kasih sayang seorang ibu. Aku faham bahawa walaupun ibuku melakukan perkejaan yang salah, aku percaya dia telah melakukannya untuk menanggung segala kesusahan keluargaku. Tambahan pula, ayahku sudah sakit tenat pada ketika itu.
Pernantian hampir tamat. Wajah ibu kandungku akan dapatku tatap pada hari pertama Syawal ini. Sudah lama aku mencari pengertian Hari Raya, kini telah ku temuinya. Takbir Raya sayup berkumandang, sebak di dada dapat aku rasakan. Aku tidak tahu bagaimana harusku bertindak balas ketika berdepan dengannya. Perasaanku bercampur baur. Kembang hati adik bukan kepalang. Gembira kerana dapat temui ibu kandung kami buat pertama kali baginya. Marah kerana tidak dapat menerima perbuatannya. Berdegap-degup jantungku menunggu kehadirannya di gerbang pintu penjara wanita. Aku berpakaian Melayu lenkap dengan baju kurung.
Apabila ibu timbul, dadaku rasa lapang dan seta merta aku memeluknya denga erat. Aku melihat wajah suci ibuku. Langit cemerlang tidak terkira. Tanda kuasa yang maha Esa. Memberi nikmat pada manusia. Aku mencium tangan ibuku. Keampunanku pohon, sekiranya aku yang berdosa. Aku memohon ibuku untuk pulang kerana aku merindui dirinya. Pipiku dibasahi butir-butir mutiara jernih. Aku meminta maaf dengannya kerana selama ini. aku telah salah anggap akan perbuatannya 13 tahun yang lalu. Hatiku berasa sebak sekali tetapi aku sempat untuk memohon maaf di pagi Raya itu. Rupanya itulah hari pertama aku melihat ibuku setelah lama tidak berjumpa dengannya dan juga hari terakhir bagi ibuku...Dia akan diggantung mati kerana menyalahi undang-undang dengan mengedar dadah. Hatiku rasa kosong apabila mendapat tahu bahawa ibu kesayanganku tidak akan pulang buat selama-lamanya. Aku akan sentiasa ingat bahawa ibuku adalah tempat aku meneguk secebis kasih dan tempat aku mengadu nasib hingga akhir hayat. Kepulanganmu akan sentiasa ku menantikan...

Saturday, 13 April 2013
Tajuk oral (Gambar 1)
Tajuk: Singapura harus menerima bakat asing dengan baik. Berikan pendapat kamu
Ya, saya setuju bahawa Singapura harus menerima bakat asing the baik. Banyak persalah fahaman boleh berlaku jika kita tidak menerima orang asing dengan baik. Bakat mereka itu sangat penting kerana ia akan meningkatkan ekonomi dan pekerjaan-
pekerjan yang wujud pada masa kini. Walaupun begitu, bakat asing juga mempunyai kebaikan dan keburukan yang tertentu. Sebagai seorang rakyat Singapura, kita memainkan peranan yang penting untuk tolong menjaminkan masa hadapan mereka dengan menerima pertolongan mereka bagi negara kita.
Pertama,pada pendapat saya, bakat asing penting untuk negara kita kerana mereka menolong negara kita meningkatkan prestasi pekerjaan-pekerjaan di sini. Dengan ini, ia juga akan meningkatkan ekonomi di negara kita. Contohnya, lebih banyak kerja yang boleh dilakukan dengan lebih ramai orang yang berbakat di dalam sesuatu bidang, seperti menanggung sebuah masyarakat perniagaan. Kedua, dengan bakat asing, banyak pekerjaan baru boleh diperkenalkan kepada masyarakat kita. Mereka boleh diajar bakat-bakat yang mengfaedahkan mereka. Jika kita tidak menerima bakat asing dengan baik, maka ramai orang asing akan melihat Singapura sebagai sebuah negara yang sombong dan tidak beradab. Walau bagaimanapun, jika Singapura mempunyai terlalu banyak pekerja asing, orang-orang tempatan kita tidak akan mepunyai banyak cadangan dan peluang pekerjaan. Meskipun begitu, saya rasa bahawa Singapura adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa, dengan itu ia bukan suatu masalah bagi kita untuk menerima bakat asing yang memainkan peranan penting di negara kita. Tetapi, kita juga harus ingat bahawa kita tidak boleh bergantung kepada mereka untuk mengekalkan segalanya bagi masa hadapan negara kita.
Namun, masalah yang mungkin akan timbul jika Singapura menerima terlalu banyak bakat asing adalah, orang-orang tempatan di Singapura tidak akan mempunyai banyak peluang untuk mencari pekerjaan ataupun identiti kerana Singapura mempunyai terlalu ramai orang asing. Dari itu, kita juga harus menerima bakat asing dengan sederhana supaya Singapura juga mempunyai peluang untuk menunjukkan bakat mereka kepada negara yang lain. Masalah yang kedua adalah, walaupun Singapura menerima bakat asing dengan baik, orang-orang asing itu mungkin akan berkelakuan tidak sopan di negara kita. Ini juga akan menjejas reputasi kita. Dengan itu kita harus menggambarkan negara kita sebagai sebuah negara yang beradat dan mempunyai nila-nilai yang tinggi. Dari itu, ia akan menjaga reputasi kita dan orang asing juga akan melihat kita sebagai contoh yang baik bagi mereka.
Saturday, 23 March 2013
Karangan Ekspositori
Cara-cara melestarikan Bahasa Melayu
Menurut Kamus Pelajar, melestarikan bermakna memelihara sesuatu supaya kekal seperti sediakala. Dewasa ini, Bahasa Melayu tidak lagi diutamakan oleh orang Melayu kerana mereka tidak yakin dengan penggunaan bahasa itu. Hal ini tercetus kerana semakin ramai orang Melayu menggunakan Bahasa Inggeris dan mempunyai pemikiran bahawa Bahasa Melayu itu tidak penting bagi mereka dalam kehidupan harian. Adakah ini menyifatkan orang Melayu sebagai mengada-ngada terhadap bahasa Ibundanya sendiri ataupun bahasa Melayu itu tidak berkualiti lagi? Apakah cara-cara yang boleh dipertengahkan untuk melestarikan Bahasa Melayu?
Indikator saya yang pertama adalah mempertingkatkan diri dalam Bahasa Melayu dengan usaha dan kegigihan sendiri. Sebagai seorang individu, kita harus yakin dengan penggunaan bahasa kita. Jika tidak, sesesorang itu akan hilang rasa jati diri terhadap bangsa Melayu walaupun mengakui diri mereka berbangsa Melayu. Kesan jangka panjangnya adalah mereka tidak akan fasih apabila bertutur dalam bahasa itu dan ia akan mengalirkan pandangan orang ramai terhadap bangsa Melayu sebagai tidak bagus. Sebagai contoh, seorang individu itu boleh bermula dengan menggunakan Bahasa Melayu apabila bertutur dengan sesiapa sahaja ataupun pada setiap peluang yang ada. Dengan itu, mereka akan rasa bangga dengan bahasa mereka sendiri. Walaupun di permulaan mereka akan berdwibahasa, lama-kelamaan ia akan menjadi satu kebiasaan bagi mereka untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Bak kata pepatah alah bisah tegal biasa. Selain cara itu, memupuk sifat membaca juga mempunyai faedahnya. Ia bukan sahaja akan membuat pemahaman kita lebih baik malah ia juga akan memperkayakan kosa kata Bahasa Melayu kita.
Walaupun cara-cara ini adalah dengan usaha sendiri, ia lebih bagus jika mereka dididik pada usia yang awal untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Saranan ini berkaitan dengan indikator saya yang kedua. Cara ini memerlukan sokongan dan pendidikan ibu bapa dan keluarga. Pihak ini memainkan peranan yang penting kerana mereka adalah orang yang terdekat kepada individu itu. Jika tiada bimbingan yang sempurnah pada umur yang awal, ia boleh menyebabkan kesan jangka panjang seperti kesusahan untuk memupuk sifat itu dalam diri mereka apabila mereka kelak tua kerana mereka akan mempunyai perspektif dan ingin membuat cadangan sendiri. Pepatah melayu pernah mengatakan bahawa jika melentur buluh biarlah dari rebung. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mendedahkan dan menanamkan minat terhadap bahasa melayu di dalam diri anak-anak mereka dengan melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Bahasa Melayu, seperti pesta-pesta yang dikendalikan oleh sekolah atau kelab masyarakat. Selain itu, jika ibu bapa mula untuk bertutur dalam Bahasa Melayu, anak-anak mereka juga akan turut melakukan sedemikian. Seperti kata pepatah, bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Indikator saya yang ketiga adalah peranan sekolah dan badan-badan yang relevan seperti Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS). Pihak sekolah boleh lebih mempromosikan Bahasa Melayu dengan menimbulkan kesedaran keistimewaan bahasa itu. Seperti contoh, pihak sekolah boleh menganjurkan sebuah pesta seperti 'Mother Tongue Fortnight'. Faedahnya adalah ia akan memberikan pendedahan pada Bahasa Melayu bukan sahaja kepada sasaran utama iaitu pelajar tetapi juga kepada guru-guru yang bukan berbangsa Melayu. Aktviti-aktiviti yang dijalankan mungkin boleh memberi mereka pendedahan kepada permainan, pakaian dan makanan tradisional Melayu. Mereka bukan sahaja akan mempelajari bahasa bahkan budaya bangsa Melayu juga. Dengan ini, ia akan melambangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang dinamik dan sentiasa berkembang. Selain aktiviti tentang budaya, sekolah juga boleh meraikan pertandingan-pertandingan dalam bahasa melayu seperti, sahibba, penulisan karangan ataupun bahas. Ini akan melambangkan jati diri bangsa Melayu. Sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti-aktiviti ini juga boleh dilakukan di dalam atau luar kelas oleh guru-guru mereka. Misalnya, mereka boleh berdamawisata ke tempat-tempat seperti Pusat Taman Warisan Melayu Singapura. Tegasnya bahawa pendedahan ini adalah seperti suntikan semangat kepada pelajar-pelajar itu untuk menggunakan bahasa Melayu. Membuat pengajaran menarik melalui pengunaan video atau alat-alat teknologi juga adalah lagi satu cara untuk mendidik pelajar-pelajar kini. Lebih-lebih lagi, golongan muda sekarang amat terdedah kepada teknologi serba pantas. Lantas itu, ia akan memperjuangkan minat dan akan mempertingkatkan diri mereka dalam bahasa Melayu.
Akhir sekali, walaupun semua pihak yang telah dihuraikan itu semua penting, tanpa peranan dan sokongan sebuah negara, usaha ini tidak akan kemana. Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa, kaum dan ugama, kita haruslah mempromosikan dan melambangkan bangsa kita supaya reputasi kita tidak terjejas. Sudah tentu objektif cara ini memerlukan kerja sama semua warga negara tetapi pihak kerajaan juga diperlukan untuk membawa mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, di dalam negara, penganjuran sebuah Majlis Bahasa Melayu boleh diadakan untuk membuat pendedahan Bahasa Melayu kepada lebih ramai orang. Bulan Bahasa yang selalu dianjurkan pada setiap tahun boleh dibuat lebih menarik dan gah supaya ia akan mewujudkan impak yang lebih besar kepada orang ramai. Kempen-kempen ini boleh dilambangkan melalui media massa dan teknologi. Orang ramai juga boleh emnyertai peraduan dalam Bahasa Melayu seperti berpidato. Di samping itu, pusat-pusat perpukastaan nasional boleh mengadakan sesi membaca buku untuk kanak-kanak supaya ia dapat memupuk minat membaca dalam diri mereka. Sehubungan dengan itu, pihak-pihak seperti Berita Harian boleh menganjurkan pesta dan peraduan menulis untuk orang ramai. Mereka boleh menjemput penulis-penulis tempatan untuk menunjukkan bakat mereka. Sesungguhnya pendedahan ini akan membuat lebih ramai orang menjadi pencita Bahasa Melayu dan mencintai khazanah Bahasa Melayu. Ia penting bagi cara-cara ini untuk menjelaskan kepada orang ramai bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa lingua franca, bukan sahaja Bahasa Inggeris. Selain itu, peranan luar negara juga penting. Tamsilnya, mereka boleh berkoleborasi untuk membuat pengajuran bagi Bahasa Melayu. Ini akan lebih meningkatkan martabat Bahasa Melayu.
Dalam karangan ini, saya telah membincangkan cara-cara untuk melestarikan Bahasa Melayu dan juga kesan jangka panjang jika Bahasa Melayu tidak lagi digunakan. Saya akur bahawa sikap masyarakat Melayu kini boleh menjejas kemajuan Bahasa Melayu jika bahasa itu tidak dipertingkatkan dan diutamakan oleh mereka. Jika Bahasa Melayu tidak dikekalkan, ia akan terus hapus dan lama-kelamaan tiada orang akan menggunakan dan akan tahu kekayaan bahasa Melayu. Akan tetapi, saya pasti bahawa saranan saya ini akan membuat lebih ramai orang Melayu yakin dengan penggunaan Bahasa Melayu. Tidak lagi dinafikan bahawa cara-cara ini hanya akan berkesan jika orang Melayu memilih untuk mula berbahasa Melayu. Oleh yang demikian, usaha seorang individu untuk mula menggunakan Bahasa Melayu itu adalah kunci utama unutk melestarikan bahasa yang indah itu.
Subscribe to:
Comments (Atom)